Murid-murid bermasalah pembelajaran ialah murid yang 
mempunyai kekurangan dan ketidakupayaan dari segi 
mental, emosi, sosial dan fizikal. Mereka tidak 
mempunyai berkebolehan untuk mengikuti pelajaran 
secara normal seperti murid lain.Oleh yang demikian, 
pelaksanaan kurikulum pendidikan khas membolehkan 
guru-guru mengubahsuai teknik pengajaran dan 
pembelajaran bagi mencapai matlamat Pendidikan Khas.


Usaha ini dapat memastikan murid-murid terlibat secara aktif 
serta membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih berkesan, bermakna dan menggembirakan.Salah satu 
daripadanya ialah melalui terapi fizikal. Sejajar dengan inilah
maka terapi berkuda dipilih bagi memberi pengalaman 
bermanfaat agar guru lebih berkeyakinan dan berkemahiran
apabila berhadapan dengan murid-murid pendidikan khas ini.
Justeru itu, 
murid-murid 
pendidikan khas 
juga lebih 
berkeyakinan 
disamping 
menambahbaikan 
pergerakan 
motor
kasar, 
motor 
halus
dan 
perkembangan kecergasan fizikal bagi menambah kemahiran 
kehidupan seharian. Berkuda adalah salah satu daripada aktiviti 
yang sangat menyeronokkan. Seringkali aktiviti ini dianggap 
sebagaiaktiviti dikalangan golongan elit sahaja.Justeru itu tidak 
ramai yang mengetahui bahawa aktiviti ini juga telah dijadikan
sebagai aktiviti terapi bagi kanak-kanak istimewa sebagaimana 
yang dilaksanakan oleh Riding For The Disable Malaysia (RDAM).
Aktiviti ini juga boleh diaplikasikan kepada pelbagai peringkat
usia.Terapi berkuda ini mempunyai teknik-teknik khusus yang
perlu diketahui oleh setiap Jurulatih dan pembantunya agar 
keselamatan Kanak-kanak istimewa berkenaan terjamin.
Justeru itu tidak ramai yang mengetahui bahawa aktiviti ini juga 
telah dijadikan sebagai aktiviti terapi bagi kanak-kanak istimewa 
sebagaimana yang dilaksanakan oleh Riding For The Disable 
Malaysia (RDAM).Aktiviti ini juga boleh diaplikasikan kepada 
pelbagai peringkat usia.Terapi berkuda ini mempunyai 
teknik-teknik khusus yang perlu diketahui oleh setiap Jurulatih 
dan pembantunya agar keselamatan Kanak-kanak istimewa 
berkenaanterjamin.Secara umumnya keistimewaan terapi
berkuda ini ialah ianya berkesan untuk kesihatan dan  
dapat membantu membina kekuatan otot dengan syarat 
ianya dilakukan secara berterusan oleh kanak-kanak istimewa 
berkenaan. Meningkatkan motivasi murid,meningkatkan semangat,
penampilan diri, membenarkan perasaan berdikari,merasakan 
pencapaian Individu dan merasakan keupayaan untuk mengawal 
keadaan. Memperbaiki pengawalan kepala, memperbaiki
mempertingkatkan kelenturan(Kepelbagaian pergerakan), 
memperbaiki koordinasi dankeseimbangan.Menunggang kuda 
mula dijadikan kaedah rawatan sejak 1875 bagi pesakit yang
mengalami pelbagai masalah kesihatan,termasuk gangguan 
neurologi, sakit sendi, hilang keupayaan bergerak dan 
mengimbangi diri.

Photobucket